Wednesday 28 December 2011

Minggu 14

Assalamualaikum..

Pada minggu terakhir Sem 1 ini,tugasan yang harus saya laksanakan ialah Database ataupun Sistem Maklumat Pelajar.Tugasan ini perlu dilakukan dalam OpenOffice Base.

1.Start OpenOffice.org.Base.



2. Klik Create a New Database

Kemudian klik finish.Kemudian berikan nama pada folder yang ingin disimpan.

TABLE

1.Dalam senarai database,klik Table

2.Klik Create Table in Design View

3 . Isikan maklumat pelajar,keluarga,kurikulum dan kokorikulum dalam ruangan yang tersedia.Kemudian,set kan Primary Key pada kolom yang paling atas

4. Setelah selesai memasukkan data,di menu bar,klik File > Close

5 . Hubungkaitkan @ relationship antara 4 table iaitu pelajar,keluarga,kokorikulum dan kurikulum.

Klik tools > relationship > pindahkan data mengikut turutan > hubungkan table primary key dengan garisan.

FORMS

1. Klik forms untuk step seterusnya

2. Klik Use Wizard To Create Form

3. Use wizard to create form > arrange control untuk memilih form yang sesuai > apply styles untuk memilih warna yang disukai.Contoh hasil form yang patut diperolehi :

QUERY

1. Klik Queries di senarai database

2. Klik use wizard to create query > pindahkan kesemua data > klik finish > Ulangi untuk kesemua table.
REPORTS.

1. Klik Report


2. Klik use wizard to create report > pilih layout untuk tukar background > finish.

(Pemilihan layout)

3.Kemudian klik File > save.
4.Klik File > Exit untuk menutup database



Berakhir sudah tugasan untuk saya bagi semester ini.Saya dan pasangan harus menyediakan showcase portfolio-power point.


"Bukanlah kesulitan yang membuat kita takut,tapi ketakutan yang membuat kita sulit.Kerana itu jangan pernah cuba untuk menyerah dan jangan pernah menyerah untuk mencuba.Maka jangan katakan pada ALLAH aku punya masalah,tetapi katakan pada masalah aku punya ALLAH yang Maha Segalanya." (Ali Bin Abi Talib)















Tuesday 27 December 2011

Minggu 13

Assalamualaikum..pada minggu ke-13 ini,saya dan rakan-rakan diarahkan untuk menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan spreadsheet.

Spreadsheet adalah satu lambaran kerja yang bertindak seperti mesin kira(membuat pengiraan),boleh menyimpan data-data seperti alamat ,label,invoice,bajet dan sebagainya.Ia juga boleh diwakilkan dengan data yang berbentuk carta,graf dan sebagainya.

Baiklah,straight to the point,tugasan minggu ini perlu dilaksanakan dalam OpenOffice.Org.Calc.Saya harus menyiapkan belanjawan pada tahun 2012.

Belanjawan 2012.

Langkah 1 : Buka Openoffice Calc
Langkah 2 : Masukkan data contohnya seperti tarikh,makan,pakaian dan lain-lain  lagi.


Langkah 3 : Setelah selesai memasukan belanjawan di dalam jadual,untuk menyelaraskan titik perpuluhan,saya hanya perlu klik :


Langkah 4 : Untuk mengira jumlah yang digunakan dalam sehari,kita prlu memasukaan formula.

klik "sum" >masukkan formula b2 + c2 + d2 + e2 + f2 +g2 dikotak yang disediakan > pengiraan jumlah akan terjadi secara automatik.


Langkah 5 : Untuk mengira baki,kita hanya perlu memasukkan formula. Dimana jumlah masuk - jumlah belanja.Seperti gambar rajah ini :
Langkah 6 : Bagi bulan seterusnya,saya hanya copy dan paste dari belanjawan bulan satu.

Ini adalah hasil belanjawan yang telah saya lakukan.

Markah Pelajar

Markah pelajar ini dibuat dalam Microsoft Office Excel

Langkah 1 : Masukkan nama,senarai mata pelajaran,gred ke dalam kolom.

Langkah 2 : Untuk menentukan markah pelajar,kita perlu define name terlebih dahulu.

Langkah 3 : Untuk membuat gred, tekan = > fx > vlookup


Langkah 4 : Untuk pengiraan purata,sisipan piawaian,markah tertinggi dan markah terendah,di bawah adalah jalan penyelesaiannya :-
  • Purata : tekan =  > taip average > highlight ke semua markah > enter
  • Sisipan piawaian : tekan =  > taip STDEV > follow average
  • Markah tertinggi : tekan =  > taip MAX > follow average
  • Markah terendah : tekan =  > taip MIN > follow average








Friday 23 December 2011

Minggu 11 &12

Penghasilan Multimedia yang Kreatif..

Creative effective multimedia production atau penghasilan multimedia yang berkesan dan kreatif.Itulah objektif yang perlu dicapai oleh saya dan rakan-rakan lain pada minggu ini.Untuk itu,saya perlu tahu apa itu presentation skills dan impress.


Pembentangan yang baik.

Fikir dan rancang apa yang ingin disampaikan dalam pembentangan.Text yang ingin disampaikan haruslah ringkas dan padat.Tidak terlalu "berat".

Gunakan kata kunci 3W..

Apakah maksud 3W? 3W adalah why-kenapa , what-apa , who-siapa.3W ini adalah kata kuci kepada pembentangan anda.

Why- kenapa

Kenapa anda melakukan pembentangan? Maksudnya tujuan atau objektif anda melakukan pembentangan. Kenal pasti dahulu tujuan pembentangan anda. Mengenal pasti kenapa anda melakukan pembentangan adalah penting bagi membantu anda membuat struktur atau perancangan dalam sesi pembentangan nanti.

What- apa

Apakah isi kandungan yang wajib anda ketengahkan di dalam pembentangan anda.
Isi kandungan sesuatu pembentangan juga sangat penting, kerana isi kandungan sesuatu pembentangan adalah 
faktor utama audiens menghadiri pembentangan anda.

Who- siapa

Siapa audiens anda? Siapa yang bakal mendengar pembentangan anda. Akhir sekali ialah mengenali siapa audiens. Anda mungkin boleh membuat sedikit kajian siapa yang bakal menghadiri pembentangan anda. Latar belakang mereka, apa yang mereka mahukan, tahap pemahaman mereka dan apa yang bakal membuat mereka tertarik mengenai pembentangan yang bakal mereka hadiri.

Mengetahui objektif pembentangan

Terdapat beberapa tujuan penting dalam sesuatu sesi pembentangan.

1. Memberitahu
2. Menjual atau Memujuk
3. Menghiburkan
4. Melatih
5. Menyempurnakan Sesuatu Tujuan Tertentu

Secara asasnya, objektif pembentangan adalah untuk menyampaikan sesuatu yang audiens inginkan. Ada sesetengah pembentangan, terutamanya pembentangan di sekolah atau di tempat kerja. Kebiasaannya bertujuan hanya untuk memberitahu. Hanya untuk menyampaikan sesuatu perkara.

Isi kandungan pembentangan

Pembentangan perlukan isi kandungan. Sebaiknya perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi menentukan isi kandungan yang tepat dalam setiap pembentangan.

Terdapat tiga bahagian dalam menentukan isi kandungan yang sesuai dalam pembentangan : 


1. Wajib tahu
2. Perlu tahu
3. Menarik jika tahu

Pertama ialah wajib tahu. Bila menyebut tentang perkara wajib, maknanya sesuatu yang paling penting. Jadi anda senaraikan dahulu perkara peling penting yang ingin anda
sampaikan dalam sesi pembentangan tersebut. Isi kandungan yang kedua pula ialah perlu tahu. Informasi yang diberikan kurang penting, tetapi audiens perlu tahu mengenainya.
Yang ketiga atau yang terakhir pula ialah menarik jika tahu.Iaitu perkara atau kandungan yang menarik sekiranya audiens dapat tahu. Maknanya ia tidaklah begitu penting. Anda bebas samada ingin beritahu ataupun tidak.

Struktur Pembentangan

Berikut adalah struktur pembentangan yang biasa dilakukan. Jika anda mengadakan seminar, bengkel ataupun pembentangan di sekolah, IPT atau di tempat kerja, inilah struktur yang perlu anda ikut dalam setiap pembentangan.

1. Beritahu audiens apa yang anda mahu beritahu
2. Sampaikan kepada audiens tentang perkara itu
3. Beritahu audiens apa yang anda telah beritahu

Di bawah ini saya sediakan contoh mengikut struktur yang diberikan di atas:

Pembukaan

Pastikan pembukaan yang sesuai untuk setiap pembentangan.
Nyatakan objektif pembentangan.
Teruskan dengan huraian terhadap objektif pembentangan.

Isi Penting

Sampaikan perkara pertama atau isi pertama anda.
Sertakan dengan huraian serta contoh kepada isi pertama anda.
Sampaikan perkara kedua atau isi kedua anda.
Sertakan dengan huraian serta contoh kepada isi kedua anda.
Sampaikan perkara kedua atau isi ketiga anda.
Sertakan dengan huraian serta contoh kepada isi ketiga anda.
Begitulah seterusnya untuk setiap isi kandungan pembentangan anda.

Penutup

Gunakan ‘Closing Technique’
Kesimpulan atau rumusan


Mengatasi Ketakutan & Kebimbangan

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan diri anda merasa takut dan bimbang sebelum melakukan pembentangan. Berikut adalah beberapa teknik atau tips yang agak berkesan;

1. Ketahui objektif anda melakukan pembentangan. Pastikan anda tahu secara teliti apa yang ingin anda sampaikan.
2. Ketahui tempat anda melakukan pembentangan dan alatan yang digunakan. Pastikan anda datang awal untuk membuat pemeriksaan akhir alatan yang ingin digunakan sebelum pembentangan.
3. Ketahui audiens anda. Pastikan anda telah membuat sedikit kajian mengenai audiens anda. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini,kaji latar belakang mereka, tahap pemahaman mereka dan sebagainya.
4. Ambil masa untuk berehat. Tarik nafas dalam – dalam dan buat sedikit senaman ringan jika anda gugup sebelum memulakan pembentangan.
5. Datang awal dan berbuallah bersama audiens yang hadir.
6. Senyum kepada semua audiens, ini bagi mengeratkan lagi hubungan antara anda dengan audiens.

Penutup pembentangan

Rumusan & Kesimpulan

Setiap pembentangan perlukan kesimpulan. Ini penting kerana tujuannya untuk
mengingati semula apa yang telah dibentangkan sepanjang sesi pembentangan tersebut. Biasanya rumusan adalah dalam bentuk point. Mulakan dengan isi kandungan pembentangan, huraikan dan buat sedikit kesimpulan. Sebaiknya sertakan contoh semasa membuat kesimpulan tersebut. Berikut adalah perkara – perkara yang biasa dilakukan ketika sesi terakhir iaitu penutup pembentangan.

1. Membuat kesimpulan semua isi penting yang dibincangkan.
2. Tamatkan sesi pembentangan dengan kata – kata motivasi.
3. Kaji semula objektif pembentangan anda.
4. Ucapkan terima kasih kerana sudi hadir sesi pembentangan anda.
5. Puji audiens yang hadir.

Kemudian,saya harus tahu apa itu impress.

Dengan menggunakan impress,pengguna boleh mencipta persembahan multimedia yang berkesan.Persembahan-persembahan akan lebih menonjol dengan 2D dan 3D,kesan khas,animasi dan alat-alat melukis impak yang tinggi.

Untuk memulakan presentation yang baru,hanya klik pada OpenOffice.org Impress

Saya lebih suka menggunakan "empty presentation".


Disini saya boleh memilih tema yang saya ingin gunakan dalam slaid pembentangan saya.


Peralihan slaid atau slide transition boleh dilakukan.Ia boleh membantu pembentangan menjadi lebih menarik.Peralihan berlaku apabila kita mengalih dari satu slaid ke satu slaid yang lain.Peralihan yang dipilih ketika ini akan digunakan kesemua slaid yang lain.(note: kita boleh mengabaikan fasa ini kerana kita boleh menambah peralihan yang ingin dibuat kemudian)


Ini adalah gambar slaid yang pertama.Di sebelah kiri adalah gambar slide versi kecil.Jika sudah terdapat banyak slaid,kite hanya perlu scroll up and down,dan pilih slaid mana yang diinginkan.Slaid ditengah lebih besar kerana ia membolehkan kita untuk menambah teks,gambar dan lain-lain lagi.Di sebelah kanan pula ialah   terdapat beberapa jenis slaid yang boleh dipilih.Kita juga boleh melihat pilihan untuk master page,custom animations dan slide transition.


Jika ingin menambah slaid seterusnya,klik insert dan pilih slide atau right-click pada ruangan kosong pada sebelah kiri slaid dan pilih new slide.



Saya juga boleh memilih layout yang ingin saya gunakan.Terdapat pelbagai jenis layout yang boleh saya gunakan untuk pembentangan saya.

Kita juga boleh menambah gambar untuk manjadikan pembentangan makin menarik.Caranya klik Insert.Pilih Picture kemudian From File.Kita boleh mengubah atau mengalih gambar yang dimasukkan ini mengikut citarasa sendiri.


Latar Belakang

Jika anda berniat untuk menukar latar belakang yang hanya kosong dan putih,ianya boleh dilakukan.Hanya klik menu Format , pilih Page , dan kemudian pilih Background.Klik pada anak panah kecil di hujung None dan anda akan dapat melihat pelbagai pilihan seperti Color , Gradient , Hatching dan Bitmap.



Mengubah persembahan ke laman web.

Untuk mengubah persembahan kepada laman web,pastikan anda berpuas hati dengan slaid show yang dibuat.Tiada kesalahan ejaan.

File -> Export -> Index.html -> Save.

Klik Next  , kemudian pada skrin seterusnya ,keluarkan checkmarks daripada Create Tittle Page dan Show Notes.

Kemudian klik Next. Anda akan diminta untuk memilih satu resolusi skrin dan pilihan kualiti untuk imej yang dieksport.


Kemudian anda diminta untuk memilih satu set butang kawalan untuk laman web anda.




Kemudian klik Next,pilih warna yang ingin gunakan daripada dokumen.Kemudian klik Create.




ONLINE PRESENTATION.(GOOGLE PRESENTATION)

Saya dan sahabat-sahabat lain telah diminta untuk membuat satu pembentangan secara online.Pembentangan ini dibuat dalam Google Presentation.Pembentangan yang dibuat ini berdasarkan tajuk tugasan yang telah kani kaji.Untuk melihat hasilnya,sahabat-sahabat bolehlah melayari laman web ini..:)


POWER POINT.

Saya juga ditugaskan untuk mendalami apa itu perisian kursus multimedia @ multimedia courseware.Courseware yang ingin dibuat ini berdasarkan tajuk tugasan kami.Ia perlu dilakukan dalam power point. Dalam courseware ini perlulah dimasukkan elemen-elemen multimedia seperti video( di edit dalam Windows Movie Maker) , grafik/imej (di edit dalam paint).Courseware ini perlulah diterbitkan ( dalam CD)

Windows Movie Maker

Apa itu?? Windows Movie Maker adalah video yang mencipta /mengedit aplikasi perisian, yang dimasukkan ke dalam Microsoft Windows Me,XP dan Vista.Ia mengandungi ciri-ciri seperti kesan,peralihan,trek audio dan movie auto.Windows Movie Maker juga program trek menyunting asas audio.







"Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim.Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari in adalah kenyataan hari esok".^^

Thursday 1 December 2011

Minggu 9 & 10

Pembelajaran multimedia.

Hai..Bersua kembali ke laman blog ini untuk update perkembangan terbaru yang telah saya perolehi dalam kursus komputer dalam pendidikan ini.Tugasan minggu ini adalah berkaitan multimedia.Multimedia adalah proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks,audio,grafik dan video untuk menyampaikan maklumat.

Sebelum itu,Dr.Siti Fatimah telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai perjalanan tugasan pada minggu ini.Apa itu bitmap? Apakah bezanya dengan vektor? dan lain-lain lagi.

Ok.biarlah saya terangkan sedikit apakah yang dimaksudkan dengan persoalan tersebut.

BITMAP : Imej berdasarkan bitmap terdiri daripada piksel dalam grid.Imej bitmap mempunyai resolusi yang tetap dan saiznya tidak boleh diubah.Imej bitmap selalunya lebih besar daripada imej dalam bentuk vektor

VEKTOR : Gambar vektor kebiasaanya berukuran lebih kecil daripada gambar bitmap. Beberapa format gambar vektor di antaranya: .CDR, .AI, .SVG, .EPS, dan dll .Gambar Vektor menggabungkan titik-titik garis untuk menjadi sebuah objek, sehingga gambar tidak menjadi pecah biarpun diperbesar atau diperkecil, tidak seperti gambar Bitmap.
                                       Contoh perbezaan gambar antara Bitmap dan Vektor




Kemudian,biarlah saya coretkan serba sedikit pengetahuan saya mengenai fail format grafik/imej.


JPEG(Joint Photographic Experts Group)


-boleh mengekalkan standard algoritma pemampatan untuk fail imej kemampatan
-Jika ingin menyimpan gambar dalam JPEG atau menukar imej dari format lain ke JPEG,kita harus menentukan kualiti imej yang kita mahu.Kita boleh membuat keseimbangan antara kualiti imej dan saiz fail.
-JPEG adalah format fail yang disokong pada World Wide Web.


GIF(Graphic Interchange Format)


-merupakan data jenis 2D
-terdapat dua versi format 87A dan GIF 89a
-Versi GIF 89a membolehkan kita membuat animasi GIF
-Ia juga disokong pada World Wide Web.




                                                 Contoh gambar yang disimpan dalam format GIF

Selain itu juga,saya juga harus mengetahui apa itu GIMP?

GIMP adalah singkatan kepada GNU Image Manipulation Program.GIMP sesuai untuk pelbagai kerja pengolahan gambar termasuk penggabungan dan pembuatan gambar.GIMP mempunyai banyak keistimewaan.Software ini dapat digunakan untuk program paint sederhana,program pembaikan foto yang berkualiti tinggi dan lain-lain.

Ini merupakan grafik jenis 2D.Terdapat beberapa software yang digunakan untuk mengedit grafik 2D ini.Antaranya ialah Microsoft Paint / Paint brush, Shapes/smart Art PowerPoint , OpenOffice Draw(OSS) dan online melalui google draw.

Oleh hal demikian,saya telah diminta untuk membat brosur dan booklet untuk tugasan saya pada minggu ini.Saya harus mengaplikasikan software-software yang sesuai untuk menyempurnakan tugasan ini.

BROSUR

Untuk membuat brosur ini,saya perlu menggunakan microsoft publisher dan software-software yang telah dinyatakan di atas.Ini adalah untuk menjadikan brosur lebih menarik.




Ini adalah salah satu sample brosur yang terdapat dalam microsoft publisher dan saya telah menggunakannya untuk brosur saya.


BOOKLET

Booklet pula dibuat dengan menggunakan microsoft word.Jujur saya akui,baru saya tahu melalui miscrosoft word ini saya dapat membuat pelbagai perkara.Sebelum ini,dalam fikiran saya microsoft word ini hanya untuk menulis atau menaip sesuatu sahaja.Benarlah kata Dr.Siti Fatimah bahawa kita perlu explore sesuatu itu,barulah kita mendapat ilmu yang lebih.(^_^).




Langkah 1 : Klik page layout,kemudian klik dihujung bucu kotak yang kedua,seperti rajah di atas.

Langkah 2 : Untuk bahagian multiple pages itu,kita perlu menukarkannya kepada book fold.

Langkah 3 :  Bahagian sheet for booklet kita perlu menukarkannya ke dalam all.


Kemudian,bolehlah memasukkan isi yang yang ditulis.Kita boleh menggunakan atau memasukkan grafik-grafik yang sesuai agar booklet kita nampak lebih menarik.



*bersambung..............









Wednesday 23 November 2011

MInggu 7 & 8

Pejam celik,pejam celik kami sebenarnya sudah berada pada pertengahan semester 1.Sungguh cepat masa yang berlalu.Seiring dengan itu juga,banyak ilmu yang telah kami semua perolehi khususnya bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan.Tugasan yang diberikan pula kian hari kian mencabar,ia memerlukan tumpuan yang lebih lagi.Apa pun,saya telah mencuba yang terbaik untuk menyiapkan tugasan yang diberikan pada miggu ini.

Tugasan pada minggu ini adalah lanjutan daripada tugasan minggu sebelumnya.Jika sebelum ini,saya telah membuat dan mengedarkan soalan-soalan mengenai tajuk saya,kini adalah tugas untuk merekod data yang telah diperolehi.Untuk itu,kami semua digalakkan utuk merekodkan dan menganalisis data dengan menggunakan SPSS(Statistical Package for Social science).Dengan bantuan En.Mansur iaitu juruteknik di makmal komputer ini dapatlah program SPSS ini di "install" ke dalam komputer saya.Terima kasih untuk En.mansur!

Apa itu SPSS?? SPSS adalah merupakan perisian  yang mesra pengguna,yang mana ia boleh digunakan untuk melakukan pelbagai jenis analisis statistik dan pengurusan data dalam persekitaran bergrafik.Dengan menggunakan SPSS data tersebut boleh dihasilkan dalam bentuk jadual-jadual statistik seperti frequencies,crostabulation,descreptive,charts dan sebagainya.Data-data ini adalah dalam bentuk kuantitatif.

Sebelum memasukkan data ke dalam SPSS,terlebih dahulu saya telah "mewakilkan" borang-borang saya dengan nombor ID bertujuan untuk memudahkan urusan merekod data.Saya telah berikan "kod" A1-A10 terhadap borang tersebut,ini adalah untuk borang yang dicetak.Selepas itu,masukkan data dalam SPSS dengan menamakan pembolehubah.Contohnya:

a) Nama borang(nombor ID) : Jenis(angka) : Lebar(8) : Perpuluhan(0) : Label(Borang pengenalan) :     Nilai(tiada)

b)Nama: Jantina : Jenis(angka) : Lebar(8) : Perpuluhan(0) : Label,nilai(1,Lelaki...)

Data-data ini direkodkan dalam "variable view" terlebih dahulu,kemudian diubah ke dalam "data view".Di sini,jawapan soalan yang diperolehi daripada "online" akan dimasukkan juga.Jawapan "online" itu diperolehi hasil jawapan responden di facebook di mana saya telah menyebarkan link soalan saya untuk dijawab.Kemudian,setelah selesai masukkan data klik "analyze" -> "descrective statistic" -> "frequency".Hasilnya,akan keluarlah data yang dimasukkan tadi dalam bentuk graf bar dan jadual.Maklumat-maklumat ini akan digunakan untuk membuat laporannya nanti.



Pengajara yang saya perolehi miggu ini,jangan suka menanguhkan kerja yang diberi.Cuba sedaya upaya untuk menyiapkannya dalam masa yang diberi.
 






Wednesday 26 October 2011

Minggu 6

Minggu ini kami ditugaskan untuk membuat kaji selidik berdasarkan tugasan kami di minggu yang lepas.Untuk saya,saya harus membuat penyelidikan mengenai topik literasi maklumat.Kerja ini dilakukan secara berpasangan.Terdapat beberapa sumber yang boleh dijadikan rujukan kepada saya untuk menjalankan penyelidikan ini.Antaranya:


Kami digalakkan untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat soalan ini.10 soalan harus direka untuk topik ini.Solan haruslah disertakan dengan pelbagai pilihan jawapan.Di samping itu,kami harus berhati-hati agar soalan yang direka tidak menyerupai dengan kumpulan lain yang mempunyai topik yang sama.

Langkah pertama,soalan yang direka hendaklah dibuat dalam "survey monkey".Dengan adanya "survey monkey" ini maklum balas daripada pelajar lain dapat diterima dengan cepat.Ia sangat membantu saya untuk menyiapkan tugasan yang diberi.Langkah pertama untuk membuat soalan ini,saya harus mendaftar di http://www.surveymonkey.com/.Kemudian tambah soalan yang ingin dibuat.Ajak kawan-kawan yang lain untuk menjawab soalan dengan memberikan mereka "link" soalan kita.Di sini juga,saya boleh melihat skala respons kepada soalan saya(ini akan digunakan dalam SPSS pada minggu yang akan datang)

Seterusnya,soalan ini harus dibuat dalam google documents.Terdapat beberapa "link" yang memberi sayah panduan untuk menyiapkan tugasan ini.



Untuk langkah ini,saya harus mempunyai akaun gmail.Kemudian,soalan boleh terus dibuat.Hanya tekan "new" diikuti dengan "form".Saya digalakkan untuk meneroka fungsi-fungsi yang terdapat di dalamnya.setelah selesai,tugasan ini perlu "upload" di http://tech.groups.yahoo.com/group/ge1155-2011/links/Assingment_5_mini_research_001318731681/.

Setelah siap,soalan-soalan ini perlu di agihkan kepada 10 responden.Untuk tugasan ini,kerjasama daripada rakan sekuliah amat diharapkan untuk menyempurnakannya.

Alhamdulillah,akhirnya tugasan ini selesai jua.Kesulitan yang dihadapi dalam menyiapkan tugasan ini mematangkan lagi saya untuk terus berfikir secara kritikal.Teruskan belajar dan belajar.Kelak,kita jua yang akan mendapat keuntungannya.

Ini ialah hasil tugasan saya.


INFORMASI LITERASI


Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan di Malaysia.

Pengenalan

Konsep informasi literasi ini telah diperkenalkan pada tahun 1974 oleh Paul Zurkowsi,iaitu Presiden Persatuan Industri Maklumat.Beliau mendefinasikan seseorang yang berliterasi maklumat itu adalah apabila mengaplikasikan sumber maklumat dalam urusan kerja mereka.Selain itu,terdapat juga beberapa konsep lain yang telah diperkenalkan.Antara model literasi maklumat ialah “The Big 6 SkillsEisenberg And Berkowitz”.Terdapat 6 langkah di dalam model ini iaitu menentu,mencari,mengguna,mencatat,melapor dan menilai.Beberapa negara telah mempraktikan konsep literasi maklumat ini.Sebagai contoh,China melalui kerajaanya telah menggalakkan pengajaran informasi literasi ini sejak 1980.Di Kanada pula,kerajjan mereka telah menggubal dasar maklumat dimana mereka menggesa penduduknya agar sentiasa celik maklumat.Di Singapura pula,kerajaanya telah mengarahkan rakyat mereka supaya sentiasa bersedia dalam persekitaran yang dipenuhi dengan maklumat.Informasi literasi ini amat penting  untuk memastikan negara sentiasa maju dan rakyatnya sentiasa celik ilmu dan peka akan isu semasa.Namun berdasarkan pemahaman saya setelah mengkaji tentang topik ini,saya mendapati bahawa informasi literasi ini sememangnya tidak digunakan secara menyeluruh di dalam negara ini terutamanya dalam sistem pembelajaran di Malaysia.Sebagai contoh,terdapat sesetengah sekolah di Malaysia ini tidak mengaplikasikan sistem literasi maklumat secara berkesan dan hanya berpusatkan kepada guru untuk mendapatkan maklumat.Fenomena ini sering kali dapat dilihat di sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar.Jadi,pelajar itu sendiri tidak dipupuk dengan sikap berdikari.Oleh itu,tindakan segera harus diambil untuk mengatasi masalah ini kerana dalam arus globalisasi ini negara
amat memerlukan pewaris bangsa yang celik ilmu dari semua bidang terutamanya dalam bidang
informasi literasi ini agar negara sentiasa maju ke hadapan.

Bagaimanakah caranya?


Pertama sekali adalah dari segi kerajaan.Kerajaan harus menggalakan penggunaan informasi literasi ini dalam sistem pembelajaran dan pengajaran di Malaysia ini.Antara cara terbaik yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan mengadakan kempen-kempen mengenai informasi literasi ini.Di sini,pakar-pakar dalam bidang informasi literasi ini perlu dijemput untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kepentingan informasi literasi ini.Kerajaan boleh menggunakan media massa seperti televisyen,radio dan lain-lain lagi untuk menghebahkan kepada orang ramai akan kempen ini.Selain itu juga,kerajaan boleh menyediakan prasarana yang secukupnya untuk keperluan mengajar.Contohnya seperti bilangan komputer yang mencukupi,jaringan tanpa wayar di setiap institut pengajian dan sebagainya.Dengan adanya kemudahan seperti ini,secara tidak langsung informasi literasi ini akan terus berkembang.Kedua adalah dari segi perpustakaan.Sebagai pusat gedung ilmu,sememangnya perpustakaan memainkan peranan penting untuk memajukan informasi literasi ini.Salah satu inisiatif terbaik yang boleh diambil ialah pihak perpustakaan boleh bekerjasama dengan pihak fakulti mahupun pihak pentadbir agar informasi literasi ini dapat dijalankan secara terus dan berkesan.Cara yang terbaik ialah dengan mewujudkan satu sistem maklumat secara maya yang membolehkan para pengguna mengakses maklumat-maklumat terkini dengan cepat dan berkesan.Namun,bagi pihak pengguna itu sendiri
terutamanya para pelajar harus mempunyai kebolehan menggunakan informasi literasi ini.Pihak
perpustakaan juga boleh mengedarkan buku-buku atau risalah-risalah mengenai informasi literasi ini
kepada orang ramai terutamanya kepada para pelajar.Seterusnya,guru yang mengajar di setiap institusi pendidikan harus celik IT agar sistem pendidikan di Malaysia terus maju dan tidak ketinggalan dek arus pembangunan.Sebagai contoh,seseorang guru itu diwajibkan untuk mengambil kursus IT sebelum diterima dan menceburkan diri dalam bidang ini.Dengan adanya guru-guru berkebolehan seperti ini,makan ia dapat melahirkan pelajar-pelajar yang celik IT dan seterusnya dapat mengaplikasikan informasi literasi ini sebaik
mungkin.Guru juga haruslah kreatif dalam menggunakan kemahiran IT ini agar dapat menarik minat
para pelajar untuk mempelajarinya.Selain itu,sikap yang ada dalam diri pelajar itu sendiri adalah perkara yang paling utama untuk memastikan bahawa informasi literasi ini terus berkembang.Ini adalah kerana,jika seseorang pelajar itu sendiri tidak berminat untuk mempelajarinya,maka ia akan menjadi satu perkara yang negatif buat mereka.Oleh itu,mereka hendaklah dipupuk dengan sikap ingin tahu dan rajin meneroka benda-benda baru agar maklumat-maklumat ini terus tersebar.Ibu bapa harus menggalakan anak-anak mereka untuk
menceburkan diri dalam bidang ini.

Siapa yang memainkan peranan penting untuk melaksanakan misi ini?

Sudah tentu pihak kerajaan merupakan peranan utama untuk menjayakan misi ini.Ia perlulah disokong oleh badan-badan bukan kerajaan mahupun pihak swasta.Ibu bapa dan guru merupakan nadi utama untuk mendorong para pelajar agar sentiasa berliterasi maklumat.

Kesimpulan.

Informasi literasi ini sememangnya merupakan perkara penting untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia ini.Dengan adanya sistem ini,maklumat-maklumat dapat disampaikan dengan mudah.Apa yang penting,setiap individu di malaysia ini terutamanya para pelajar harus bijak dalam mengakses,menilai dan menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi.Semua pihak harus berganding bahu untuk melaksakan misi ini agar wawasan 2020 yang diuar-uarkan akan menjadi realiti dan bukannya hanya fantasi.

Sunday 23 October 2011

Minggu 5

Kian lama tugas yang diberi kian mencabar dan memerlukan pemikiran yang kritis untuk menyiapkannya.Tugasan yang diberikan ini memerlukan saya untuk "THINK,PAIR,SHARE".Minggu ini saya harus melakukan beberapa penyelidikan.

Pertama sekali saya harus melakukan penyelidikan terhadap proses pembelajaran.Berikut adalah antara laman-laman web tersebut:

Kedua,mengenai kajian kesusasteraan:

Ketiga adalah mengenai bahan "online"

"Penciplakan" merupakan perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri".Ini adalah dilarang sama sekali kepada para pelajar semasa melakukan penyelidikan.Terdapat beberapa laman web yang menerangkan mengenai penciplakan ini:

Tugasan pada minggu ini hendaklah berkait dengan tugasan-tugasan pada minggu-minggu yang lepas.Saya harus merancang,menyelidik dan memilih maklumat yang  sesuai dengan tajuk saya.