Wednesday, 26 October 2011

Minggu 6

Minggu ini kami ditugaskan untuk membuat kaji selidik berdasarkan tugasan kami di minggu yang lepas.Untuk saya,saya harus membuat penyelidikan mengenai topik literasi maklumat.Kerja ini dilakukan secara berpasangan.Terdapat beberapa sumber yang boleh dijadikan rujukan kepada saya untuk menjalankan penyelidikan ini.Antaranya:


Kami digalakkan untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat soalan ini.10 soalan harus direka untuk topik ini.Solan haruslah disertakan dengan pelbagai pilihan jawapan.Di samping itu,kami harus berhati-hati agar soalan yang direka tidak menyerupai dengan kumpulan lain yang mempunyai topik yang sama.

Langkah pertama,soalan yang direka hendaklah dibuat dalam "survey monkey".Dengan adanya "survey monkey" ini maklum balas daripada pelajar lain dapat diterima dengan cepat.Ia sangat membantu saya untuk menyiapkan tugasan yang diberi.Langkah pertama untuk membuat soalan ini,saya harus mendaftar di http://www.surveymonkey.com/.Kemudian tambah soalan yang ingin dibuat.Ajak kawan-kawan yang lain untuk menjawab soalan dengan memberikan mereka "link" soalan kita.Di sini juga,saya boleh melihat skala respons kepada soalan saya(ini akan digunakan dalam SPSS pada minggu yang akan datang)

Seterusnya,soalan ini harus dibuat dalam google documents.Terdapat beberapa "link" yang memberi sayah panduan untuk menyiapkan tugasan ini.



Untuk langkah ini,saya harus mempunyai akaun gmail.Kemudian,soalan boleh terus dibuat.Hanya tekan "new" diikuti dengan "form".Saya digalakkan untuk meneroka fungsi-fungsi yang terdapat di dalamnya.setelah selesai,tugasan ini perlu "upload" di http://tech.groups.yahoo.com/group/ge1155-2011/links/Assingment_5_mini_research_001318731681/.

Setelah siap,soalan-soalan ini perlu di agihkan kepada 10 responden.Untuk tugasan ini,kerjasama daripada rakan sekuliah amat diharapkan untuk menyempurnakannya.

Alhamdulillah,akhirnya tugasan ini selesai jua.Kesulitan yang dihadapi dalam menyiapkan tugasan ini mematangkan lagi saya untuk terus berfikir secara kritikal.Teruskan belajar dan belajar.Kelak,kita jua yang akan mendapat keuntungannya.

Ini ialah hasil tugasan saya.


INFORMASI LITERASI


Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan di Malaysia.

Pengenalan

Konsep informasi literasi ini telah diperkenalkan pada tahun 1974 oleh Paul Zurkowsi,iaitu Presiden Persatuan Industri Maklumat.Beliau mendefinasikan seseorang yang berliterasi maklumat itu adalah apabila mengaplikasikan sumber maklumat dalam urusan kerja mereka.Selain itu,terdapat juga beberapa konsep lain yang telah diperkenalkan.Antara model literasi maklumat ialah “The Big 6 SkillsEisenberg And Berkowitz”.Terdapat 6 langkah di dalam model ini iaitu menentu,mencari,mengguna,mencatat,melapor dan menilai.Beberapa negara telah mempraktikan konsep literasi maklumat ini.Sebagai contoh,China melalui kerajaanya telah menggalakkan pengajaran informasi literasi ini sejak 1980.Di Kanada pula,kerajjan mereka telah menggubal dasar maklumat dimana mereka menggesa penduduknya agar sentiasa celik maklumat.Di Singapura pula,kerajaanya telah mengarahkan rakyat mereka supaya sentiasa bersedia dalam persekitaran yang dipenuhi dengan maklumat.Informasi literasi ini amat penting  untuk memastikan negara sentiasa maju dan rakyatnya sentiasa celik ilmu dan peka akan isu semasa.Namun berdasarkan pemahaman saya setelah mengkaji tentang topik ini,saya mendapati bahawa informasi literasi ini sememangnya tidak digunakan secara menyeluruh di dalam negara ini terutamanya dalam sistem pembelajaran di Malaysia.Sebagai contoh,terdapat sesetengah sekolah di Malaysia ini tidak mengaplikasikan sistem literasi maklumat secara berkesan dan hanya berpusatkan kepada guru untuk mendapatkan maklumat.Fenomena ini sering kali dapat dilihat di sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar.Jadi,pelajar itu sendiri tidak dipupuk dengan sikap berdikari.Oleh itu,tindakan segera harus diambil untuk mengatasi masalah ini kerana dalam arus globalisasi ini negara
amat memerlukan pewaris bangsa yang celik ilmu dari semua bidang terutamanya dalam bidang
informasi literasi ini agar negara sentiasa maju ke hadapan.

Bagaimanakah caranya?


Pertama sekali adalah dari segi kerajaan.Kerajaan harus menggalakan penggunaan informasi literasi ini dalam sistem pembelajaran dan pengajaran di Malaysia ini.Antara cara terbaik yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan mengadakan kempen-kempen mengenai informasi literasi ini.Di sini,pakar-pakar dalam bidang informasi literasi ini perlu dijemput untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kepentingan informasi literasi ini.Kerajaan boleh menggunakan media massa seperti televisyen,radio dan lain-lain lagi untuk menghebahkan kepada orang ramai akan kempen ini.Selain itu juga,kerajaan boleh menyediakan prasarana yang secukupnya untuk keperluan mengajar.Contohnya seperti bilangan komputer yang mencukupi,jaringan tanpa wayar di setiap institut pengajian dan sebagainya.Dengan adanya kemudahan seperti ini,secara tidak langsung informasi literasi ini akan terus berkembang.Kedua adalah dari segi perpustakaan.Sebagai pusat gedung ilmu,sememangnya perpustakaan memainkan peranan penting untuk memajukan informasi literasi ini.Salah satu inisiatif terbaik yang boleh diambil ialah pihak perpustakaan boleh bekerjasama dengan pihak fakulti mahupun pihak pentadbir agar informasi literasi ini dapat dijalankan secara terus dan berkesan.Cara yang terbaik ialah dengan mewujudkan satu sistem maklumat secara maya yang membolehkan para pengguna mengakses maklumat-maklumat terkini dengan cepat dan berkesan.Namun,bagi pihak pengguna itu sendiri
terutamanya para pelajar harus mempunyai kebolehan menggunakan informasi literasi ini.Pihak
perpustakaan juga boleh mengedarkan buku-buku atau risalah-risalah mengenai informasi literasi ini
kepada orang ramai terutamanya kepada para pelajar.Seterusnya,guru yang mengajar di setiap institusi pendidikan harus celik IT agar sistem pendidikan di Malaysia terus maju dan tidak ketinggalan dek arus pembangunan.Sebagai contoh,seseorang guru itu diwajibkan untuk mengambil kursus IT sebelum diterima dan menceburkan diri dalam bidang ini.Dengan adanya guru-guru berkebolehan seperti ini,makan ia dapat melahirkan pelajar-pelajar yang celik IT dan seterusnya dapat mengaplikasikan informasi literasi ini sebaik
mungkin.Guru juga haruslah kreatif dalam menggunakan kemahiran IT ini agar dapat menarik minat
para pelajar untuk mempelajarinya.Selain itu,sikap yang ada dalam diri pelajar itu sendiri adalah perkara yang paling utama untuk memastikan bahawa informasi literasi ini terus berkembang.Ini adalah kerana,jika seseorang pelajar itu sendiri tidak berminat untuk mempelajarinya,maka ia akan menjadi satu perkara yang negatif buat mereka.Oleh itu,mereka hendaklah dipupuk dengan sikap ingin tahu dan rajin meneroka benda-benda baru agar maklumat-maklumat ini terus tersebar.Ibu bapa harus menggalakan anak-anak mereka untuk
menceburkan diri dalam bidang ini.

Siapa yang memainkan peranan penting untuk melaksanakan misi ini?

Sudah tentu pihak kerajaan merupakan peranan utama untuk menjayakan misi ini.Ia perlulah disokong oleh badan-badan bukan kerajaan mahupun pihak swasta.Ibu bapa dan guru merupakan nadi utama untuk mendorong para pelajar agar sentiasa berliterasi maklumat.

Kesimpulan.

Informasi literasi ini sememangnya merupakan perkara penting untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia ini.Dengan adanya sistem ini,maklumat-maklumat dapat disampaikan dengan mudah.Apa yang penting,setiap individu di malaysia ini terutamanya para pelajar harus bijak dalam mengakses,menilai dan menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi.Semua pihak harus berganding bahu untuk melaksakan misi ini agar wawasan 2020 yang diuar-uarkan akan menjadi realiti dan bukannya hanya fantasi.

Sunday, 23 October 2011

Minggu 5

Kian lama tugas yang diberi kian mencabar dan memerlukan pemikiran yang kritis untuk menyiapkannya.Tugasan yang diberikan ini memerlukan saya untuk "THINK,PAIR,SHARE".Minggu ini saya harus melakukan beberapa penyelidikan.

Pertama sekali saya harus melakukan penyelidikan terhadap proses pembelajaran.Berikut adalah antara laman-laman web tersebut:

Kedua,mengenai kajian kesusasteraan:

Ketiga adalah mengenai bahan "online"

"Penciplakan" merupakan perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri".Ini adalah dilarang sama sekali kepada para pelajar semasa melakukan penyelidikan.Terdapat beberapa laman web yang menerangkan mengenai penciplakan ini:

Tugasan pada minggu ini hendaklah berkait dengan tugasan-tugasan pada minggu-minggu yang lepas.Saya harus merancang,menyelidik dan memilih maklumat yang  sesuai dengan tajuk saya.







Wednesday, 12 October 2011

MIGGU 3 & 4

Tugasan 1

INFORMASI LITERASI.

Minggu ini,satu lagi tugasan telah diberikan kepada kami sekelas termasuklah saya.Pada mulanya saya dan pasangan saya telah memilih tajuk komputer dan masyarakat.Namun,tajuk kami telah ditukarkan kepada informasi literasi oleh pensyarah kami iaitu Dr.Siti Fatimah Mohd Yassin.

Bertambah lagilah tugasan saya.Tugasan yang sebelumnya pun belum disiapkan lagi bertambah pula satu lagi tugasan.Agak tertekan untuk menyiapkan tugasan ini.Disebabkan laptop saya yang agak "uzur" ini,ia menambahkan lagi kesusahan kami untuk menyiapkan tugasan ini.Namun,saya bersyukur walaupun dalam keadaan "uzur" laptop ini banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberi.Alhamdulillah.

Setelah pencarian maklumat dilakukan,inilah hasil yang saya dapat :


                                       INFORMASI LITERASI.         
Apa maksud literasi maklumat?
Literasi bermaksud  keupayaan untuk membaca dan mendapatkan makna daripada perkataan atau boleh ditafsirkan sebagai celik huruf.Maklumat pula ialah hasil daripada pemprosesan,pengumpulan dan penganalisa  data yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat.Kesimpulannya,literasi maklumat boleh didefinisikan kemahiran melakukan perkara-perkara seperti mengenal pasti dan mencari sumber maklumat  daripada sumber yang boleh dipercayai.
Kenapa literasi maklumat diperlukan?                                    
a)      Dari aspek dasar pembangunan negara, celik maklumat dapat membangunkan ekonomi berasaskan k – ekonomi dan k – masyarakat.
b)      Literasi maklumat amat bertepatan dengan Matlamat Pendidikan Negara yang ingin melahirkan generasi ulul-albab yang celik maklumat selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
c)      Dari aspek sosial, maklumat yang sudah diproses akan menjadi ilmu yang akan menjadikan kita lebih pandai, proaktif, produktif,kreatif,dan inovatif , iaitu syarat yang dituntut oleh era baru.
d)     Dari segi pendapatan negara, menggunakan lebih banyak maklumat bukan sahaja boleh meningkatkan pengeluaran perkhidmatan dan barangan baru, malahan pengeluarannya dapat dilakukan dengan lebih murah, kualiti yang tinggi, dan dalam tempoh jangka masa yang lebih singkat.
Dimana Literasi Maklumat diperkenalkan?
Konsep literasi maklumat mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980 oleh American Library Association (ALA).ALA membentuk forum kebangsaan mengenai literasi maklumat(National Forum On Information Literacy) yang dianggotai 65 organisasi bagi mengembangkan konsep literasi maklumat atau celik maklumat.
Siapa orang yang berliterasi maklumat?
Orang yang berliterasi maklumat merupakan orang yang celik maklumat dimana mereka dapat menguasai semua kemahiran yang diperlukan.Mereka sering dijadikan bahan rujukan oleh semua orang kerana mereka boleh didibaratkan sebagai ”kamus bergerak”. Terdapat 7 ciri – ciri yang dapat dinyatakan. Antaranya ialah mereka mengakses maklumat secara berkesan dan efisien, mereka dapat menilai maklumat secara kritis dan cekap , mereka dapat menggunakan maklumat secara betul dan bersesuaian dengan apa yang dikehendaki, mereka sering berusaha mendapatkan maklumat berhubung pelbagai aspek kehidupan yang berkait rapat dengan mereka, mereka juga menghargai bahan – bahan sastera yang kreatif, mereka berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu, mengamalkan tingkah laku dan etika yang baik berhubung maklumat dan IT, dan mereka suka mengambil bahagian dalam kumpulan untuk menjadi pencari maklumat yang baik. Selain itu, orang yang berliterasi maklumat mampu untuk bersaing dengan ledakan maklumat pada zaman serba teknologi menuju wawasan 2020 kelak.

Bagaimana kemahiran literasi maklumat dapat dilakasanakan?
A)Melalui  kemahiran perpustakaan
-Lokasi bahan.
-Sistem katalog.
-Susunan buku,majalah.
-Menggunakan bahan rujukan asal.
B)Melalui kemahiran belajar.
-Berfikir.
-Mendengar.
-mencatat nota.
C)Melalui kemahiran komunikasi
-Bertanya
-Menemuramah.
-Memberi pendapat.
-Berbahas.
D)Melalui kemahiran hidup.
-Mengurus masa.
-Mengurus diri.
-Pembelajaran sepanjang hayat.


Pengajaran yang saya peroleh miggu ini adalah kita haruslah bijak membahagikan masa.Kalau boleh jangan tangguhkan kerja yang diberi.Berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.Ape pun,saya syukur sangat ke hadrat ILLAHI akhirnya tugasan saya ini telah siap.Diharapkan Dr puas hati denagan apa yang telah saya lakukan.^^ 


>NEVER GIVE UP<

MINGGU 2

Minggu ini kami telah diarahkan untuk membuat tugasan yang bertajuk Sistem Pengurusan Maklumat(Learning Management System).Kami haruslah bijak dalam berfikir,dibuat secara berpasangan dan haruslah dikongsi bersama rakan-rakan dan juga pensyarah.Tugasan ini berpandukan 4W 1H iaitu WHAT,WHY,WHERE,WHO dan HOW.Tugasan ini agak mencabar bagi saya.Untuk menyiapkan tugasan ini,saya telah melakukan beberapa pencarian maklumat untuk mendapatkan info yang sahih.Jujur saya akui,saya agak lemah dalam bidang IT ini.Jadi,untuk menyiapkan tugasan ini ia memerlukan kesabaran dan kekuatan untuk menghadapinya.



                                       Learning Management System.


Apa itu “Learning Management System”?.
Setelah melakukan beberapa pencarian maklumat,ia boleh disimpulkan bahawa “Learning Management System”(LMS) adalah perisian yang mentadbir latihan secara automatik.Kesemua LMS ini mengurus log masuk pengguna berdaftar,mengurus katalog-katalog kursus,merekodkan data daripada pelajar dan menyediakan laporan kepada pihak pengurusan.Sebagai contoh seperti SPIN.Melalui SPIN para pelajar dapat berinteraksi dengan pensyarah-pensyarah untuk mengetahui maklumat terbaru.Dengan hanya menggunakan hujung jari,semua maklumat sudah tersedia untuk para pelajar.

Mengapa “LMS” digunakan??
Kaedah pembelajaran ini menyepadukan pengajaran face-to-face,pendidikan jarak jauh dan latihan dalam pekerjaan.Selain itu,bentuk pembelajaran seperti ini dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai bentuk maklumat dan ia dapat diselaraskan oleh para pelajar dengan maklumat yang disampaikan di mana-mana tempat dan bila-bila masa.Pensyarah-pensyarah juga boleh menjadi fasilitator pembelajaran.Contohnya,memperkenalkan topik baru dan menilai pengajaran dan pembelajaran.

Dimana “LMS”  digunakan??
Kebiasaanya ia digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta.

Siapa??
Para pensyarah menggunakan LMS ini untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini.Dengan adanya perisian seperti ini,para pensyarah boleh mendaftar pelajar mengikut kursus masing-masing,menyenaraikan sumber,dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber dan sebagainya.


Bagaimana menggunakan system ini??
Umtuk menggunakan system ini.pengguna haruslah mendaftar masuk terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan.Setelah mendapatkan kata laluan itu,pengguna boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang tersedia di dalamnya.


Kelebihan menggunakan “LMS”..
*Menjimatkan waktu bekerja.
*Membenarkan pelajar mengikut pembelajaran dimana-mana tempat serta mengikut kesesuaian masa(belajar secara fleksibel).
*Pelajar diberi kebebasan untuk belajar berdikari dan bertanggungjawab dalam pembelajaran.
*Meningkatkan keberkesanan pembelajaran.Mencapai maklumat yang meluas dan dapat berkongsi dengan pensyarah.
*Menjimatkan kos pengajaran yang berkaitan pensyarah,kos perjalanan dan sebagainya.





Setelah siap mengumpulkan maklumat,saya harus memuat turun fail ini di yahoogroup saya di http://www.facebook.com/groups/286212471389907/edit/#!/groups/niknurhidayah.nikazhar/


Wednesday, 5 October 2011

Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum..
Sebelum kata mengorak langkah,izinkan saya memperkenalkan diri ini.Nama diberi Nik Nurhidayah Binti Nik Azhar.Berasal dari Kota Bharu Kelantan.Kini sedang menuntut pengajian di  UKM,Bangi dalam jurusan pendidikan program Pendidikan Khas.

   Pensyarah yang ditugaskan untuk mengajar saya dan rakan-rakan yang lain ialah Dr.Siti Fatimah Binti Mohd Yassin.Beliau juga merupakan penyelaras untuk kursus ini.

  Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan beberapa tugasan begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. 1) Saya haruslah mendaftar akaun e-mail rasmi,iaitu akaun google dan akaun yahoo.














Setiap akaun e-mail ini perlu disertakan dengan signature :
            a)Nama penuh.
            b)Program&Institusi.
Agak terkial-kial juga untuk menyiapkan signature ini,maklumlah benda yang baru belajar.Tetapi Alhamdulillah berkat pertolangan pensyarah dan rakan-rakan akhirnya saya dapat menyiapkannya dengan baik.

       2)Mendaftar akaun facebook yang rasmi.

Dengan menggunakan e-mail google atau yahoo,saya harus mengajak rakan-rakan sekelas,pensyarah-pensyarah untuk menjadi rakan saya di facebook.Di sinilah saya dapat mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai diri mereka semua.Ternyata facebook ini amat menghiburkan.!!


      3)Menyertai perbincangan berkumpulan :

             a)Mendaftar yahoogroups untuk web portfolio.
             b)Mendaftar kumpulan facebook.

Berbeza dengan yahoo mail,yahoo group ini lebih bersifat keterbukaan.Di sini,ahli-ahli kumpulan boleh mengadakan perbincangan secara terbuka dan saling bertukar-tukar pendapat.

     4)Mendaftar blog rasmi.

Dengan adanya blog ini,saya dapat menceritakan balik apa yang telah saya pelajari di dalam kelas komputer ini.Tetapi,saya ini tidak begitu mahir dalam menguruskan blog ini.Terbit juga rasa cemburu melihat rakan-rakan yang mempunyai blog yang cantik dan berwarna-warni.Tetapi,dalam cemburu itu,terbit juga rasa ingin menjadi seperti mereka.Insya-ALLAH dengan berkat pertolongan rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah saya akan menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna.

Pengajarannya,saya harus semangat dan tabah menghadapi apa sahaja tugasan yang diberi.Jangan mudah putus asa apabila kegagalan tiba.Tiada kejayaaan yang datang bergolek.Ia harus dicari dengah usaha yang gigih serta doa yang tidak henti ke hadrat ILLAHI.Insya-ALLAH kejayaan milik kita semua..^ ^