Sebelum kata mengorak langkah,izinkan saya memperkenalkan diri ini.Nama diberi Nik Nurhidayah Binti Nik Azhar.Berasal dari Kota Bharu Kelantan.Kini sedang menuntut pengajian di UKM,Bangi dalam jurusan pendidikan program Pendidikan Khas.
Pensyarah yang ditugaskan untuk mengajar saya dan rakan-rakan yang lain ialah Dr.Siti Fatimah Binti Mohd Yassin.Beliau juga merupakan penyelaras untuk kursus ini.
Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan beberapa tugasan begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. 1) Saya haruslah mendaftar akaun e-mail rasmi,iaitu akaun google dan akaun yahoo.
Setiap akaun e-mail ini perlu disertakan dengan signature :
a)Nama penuh.
b)Program&Institusi.
Agak terkial-kial juga untuk menyiapkan signature ini,maklumlah benda yang baru belajar.Tetapi Alhamdulillah berkat pertolangan pensyarah dan rakan-rakan akhirnya saya dapat menyiapkannya dengan baik.
2)Mendaftar akaun facebook yang rasmi.
Dengan menggunakan e-mail google atau yahoo,saya harus mengajak rakan-rakan sekelas,pensyarah-pensyarah untuk menjadi rakan saya di facebook.Di sinilah saya dapat mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai diri mereka semua.Ternyata facebook ini amat menghiburkan.!!
3)Menyertai perbincangan berkumpulan :
a)Mendaftar yahoogroups untuk web portfolio.
b)Mendaftar kumpulan facebook.
Berbeza dengan yahoo mail,yahoo group ini lebih bersifat keterbukaan.Di sini,ahli-ahli kumpulan boleh mengadakan perbincangan secara terbuka dan saling bertukar-tukar pendapat.
4)Mendaftar blog rasmi.
Dengan adanya blog ini,saya dapat menceritakan balik apa yang telah saya pelajari di dalam kelas komputer ini.Tetapi,saya ini tidak begitu mahir dalam menguruskan blog ini.Terbit juga rasa cemburu melihat rakan-rakan yang mempunyai blog yang cantik dan berwarna-warni.Tetapi,dalam cemburu itu,terbit juga rasa ingin menjadi seperti mereka.Insya-ALLAH dengan berkat pertolongan rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah saya akan menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna.
Pengajarannya,saya harus semangat dan tabah menghadapi apa sahaja tugasan yang diberi.Jangan mudah putus asa apabila kegagalan tiba.Tiada kejayaaan yang datang bergolek.Ia harus dicari dengah usaha yang gigih serta doa yang tidak henti ke hadrat ILLAHI.Insya-ALLAH kejayaan milik kita semua..^ ^


No comments:
Post a Comment