Minggu ini kami ditugaskan untuk membuat kaji selidik berdasarkan tugasan kami di minggu yang lepas.Untuk saya,saya harus membuat penyelidikan mengenai topik literasi maklumat.Kerja ini dilakukan secara berpasangan.Terdapat beberapa sumber yang boleh dijadikan rujukan kepada saya untuk menjalankan penyelidikan ini.Antaranya:
Kami digalakkan untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat soalan ini.10 soalan harus direka untuk topik ini.Solan haruslah disertakan dengan pelbagai pilihan jawapan.Di samping itu,kami harus berhati-hati agar soalan yang direka tidak menyerupai dengan kumpulan lain yang mempunyai topik yang sama.
Langkah pertama,soalan yang direka hendaklah dibuat dalam "survey monkey".Dengan adanya "survey monkey" ini maklum balas daripada pelajar lain dapat diterima dengan cepat.Ia sangat membantu saya untuk menyiapkan tugasan yang diberi.Langkah pertama untuk membuat soalan ini,saya harus mendaftar di http://www.surveymonkey.com/.Kemudian tambah soalan yang ingin dibuat.Ajak kawan-kawan yang lain untuk menjawab soalan dengan memberikan mereka "link" soalan kita.Di sini juga,saya boleh melihat skala respons kepada soalan saya(ini akan digunakan dalam SPSS pada minggu yang akan datang)
Seterusnya,soalan ini harus dibuat dalam google documents.Terdapat beberapa "link" yang memberi sayah panduan untuk menyiapkan tugasan ini.
Untuk langkah ini,saya harus mempunyai akaun gmail.Kemudian,soalan boleh terus dibuat.Hanya tekan "new" diikuti dengan "form".Saya digalakkan untuk meneroka fungsi-fungsi yang terdapat di dalamnya.setelah selesai,tugasan ini perlu "upload" di http://tech.groups.yahoo.com/group/ge1155-2011/links/Assingment_5_mini_research_001318731681/.
Setelah siap,soalan-soalan ini perlu di agihkan kepada 10 responden.Untuk tugasan ini,kerjasama daripada rakan sekuliah amat diharapkan untuk menyempurnakannya.
Alhamdulillah,akhirnya tugasan ini selesai jua.Kesulitan yang dihadapi dalam menyiapkan tugasan ini mematangkan lagi saya untuk terus berfikir secara kritikal.Teruskan belajar dan belajar.Kelak,kita jua yang akan mendapat keuntungannya.
Ini ialah hasil tugasan saya.
INFORMASI LITERASI
Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan di Malaysia.
Pengenalan
Konsep informasi literasi ini telah diperkenalkan pada tahun 1974 oleh Paul Zurkowsi,iaitu Presiden Persatuan Industri Maklumat.Beliau mendefinasikan seseorang yang berliterasi maklumat itu adalah apabila mengaplikasikan sumber maklumat dalam urusan kerja mereka.Selain itu,terdapat juga beberapa konsep lain yang telah diperkenalkan.Antara model literasi maklumat ialah “The Big 6 SkillsEisenberg And Berkowitz”.Terdapat 6 langkah di dalam model ini iaitu menentu,mencari,mengguna,mencatat,melapor dan menilai.Beberapa negara telah mempraktikan konsep literasi maklumat ini.Sebagai contoh,China melalui kerajaanya telah menggalakkan pengajaran informasi literasi ini sejak 1980.Di Kanada pula,kerajjan mereka telah menggubal dasar maklumat dimana mereka menggesa penduduknya agar sentiasa celik maklumat.Di Singapura pula,kerajaanya telah mengarahkan rakyat mereka supaya sentiasa bersedia dalam persekitaran yang dipenuhi dengan maklumat.Informasi literasi ini amat penting untuk memastikan negara sentiasa maju dan rakyatnya sentiasa celik ilmu dan peka akan isu semasa.Namun berdasarkan pemahaman saya setelah mengkaji tentang topik ini,saya mendapati bahawa informasi literasi ini sememangnya tidak digunakan secara menyeluruh di dalam negara ini terutamanya dalam sistem pembelajaran di Malaysia.Sebagai contoh,terdapat sesetengah sekolah di Malaysia ini tidak mengaplikasikan sistem literasi maklumat secara berkesan dan hanya berpusatkan kepada guru untuk mendapatkan maklumat.Fenomena ini sering kali dapat dilihat di sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar.Jadi,pelajar itu sendiri tidak dipupuk dengan sikap berdikari.Oleh itu,tindakan segera harus diambil untuk mengatasi masalah ini kerana dalam arus globalisasi ini negara
amat memerlukan pewaris bangsa yang celik ilmu dari semua bidang terutamanya dalam bidang
informasi literasi ini agar negara sentiasa maju ke hadapan.
Bagaimanakah caranya?
Pertama sekali adalah dari segi kerajaan.Kerajaan harus menggalakan penggunaan informasi literasi ini dalam sistem pembelajaran dan pengajaran di Malaysia ini.Antara cara terbaik yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan mengadakan kempen-kempen mengenai informasi literasi ini.Di sini,pakar-pakar dalam bidang informasi literasi ini perlu dijemput untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kepentingan informasi literasi ini.Kerajaan boleh menggunakan media massa seperti televisyen,radio dan lain-lain lagi untuk menghebahkan kepada orang ramai akan kempen ini.Selain itu juga,kerajaan boleh menyediakan prasarana yang secukupnya untuk keperluan mengajar.Contohnya seperti bilangan komputer yang mencukupi,jaringan tanpa wayar di setiap institut pengajian dan sebagainya.Dengan adanya kemudahan seperti ini,secara tidak langsung informasi literasi ini akan terus berkembang.Kedua adalah dari segi perpustakaan.Sebagai pusat gedung ilmu,sememangnya perpustakaan memainkan peranan penting untuk memajukan informasi literasi ini.Salah satu inisiatif terbaik yang boleh diambil ialah pihak perpustakaan boleh bekerjasama dengan pihak fakulti mahupun pihak pentadbir agar informasi literasi ini dapat dijalankan secara terus dan berkesan.Cara yang terbaik ialah dengan mewujudkan satu sistem maklumat secara maya yang membolehkan para pengguna mengakses maklumat-maklumat terkini dengan cepat dan berkesan.Namun,bagi pihak pengguna itu sendiri
terutamanya para pelajar harus mempunyai kebolehan menggunakan informasi literasi ini.Pihak
perpustakaan juga boleh mengedarkan buku-buku atau risalah-risalah mengenai informasi literasi ini
kepada orang ramai terutamanya kepada para pelajar.Seterusnya,guru yang mengajar di setiap institusi pendidikan harus celik IT agar sistem pendidikan di Malaysia terus maju dan tidak ketinggalan dek arus pembangunan.Sebagai contoh,seseorang guru itu diwajibkan untuk mengambil kursus IT sebelum diterima dan menceburkan diri dalam bidang ini.Dengan adanya guru-guru berkebolehan seperti ini,makan ia dapat melahirkan pelajar-pelajar yang celik IT dan seterusnya dapat mengaplikasikan informasi literasi ini sebaik
mungkin.Guru juga haruslah kreatif dalam menggunakan kemahiran IT ini agar dapat menarik minat
para pelajar untuk mempelajarinya.Selain itu,sikap yang ada dalam diri pelajar itu sendiri adalah perkara yang paling utama untuk memastikan bahawa informasi literasi ini terus berkembang.Ini adalah kerana,jika seseorang pelajar itu sendiri tidak berminat untuk mempelajarinya,maka ia akan menjadi satu perkara yang negatif buat mereka.Oleh itu,mereka hendaklah dipupuk dengan sikap ingin tahu dan rajin meneroka benda-benda baru agar maklumat-maklumat ini terus tersebar.Ibu bapa harus menggalakan anak-anak mereka untuk
menceburkan diri dalam bidang ini.
Siapa yang memainkan peranan penting untuk melaksanakan misi ini?
Sudah tentu pihak kerajaan merupakan peranan utama untuk menjayakan misi ini.Ia perlulah disokong oleh badan-badan bukan kerajaan mahupun pihak swasta.Ibu bapa dan guru merupakan nadi utama untuk mendorong para pelajar agar sentiasa berliterasi maklumat.
Kesimpulan.
Informasi literasi ini sememangnya merupakan perkara penting untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia ini.Dengan adanya sistem ini,maklumat-maklumat dapat disampaikan dengan mudah.Apa yang penting,setiap individu di malaysia ini terutamanya para pelajar harus bijak dalam mengakses,menilai dan menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi.Semua pihak harus berganding bahu untuk melaksakan misi ini agar wawasan 2020 yang diuar-uarkan akan menjadi realiti dan bukannya hanya fantasi.

No comments:
Post a Comment