Tugasan pada minggu ini adalah lanjutan daripada tugasan minggu sebelumnya.Jika sebelum ini,saya telah membuat dan mengedarkan soalan-soalan mengenai tajuk saya,kini adalah tugas untuk merekod data yang telah diperolehi.Untuk itu,kami semua digalakkan utuk merekodkan dan menganalisis data dengan menggunakan SPSS(Statistical Package for Social science).Dengan bantuan En.Mansur iaitu juruteknik di makmal komputer ini dapatlah program SPSS ini di "install" ke dalam komputer saya.Terima kasih untuk En.mansur!
Apa itu SPSS?? SPSS adalah merupakan perisian yang mesra pengguna,yang mana ia boleh digunakan untuk melakukan pelbagai jenis analisis statistik dan pengurusan data dalam persekitaran bergrafik.Dengan menggunakan SPSS data tersebut boleh dihasilkan dalam bentuk jadual-jadual statistik seperti frequencies,crostabulation,descreptive,charts dan sebagainya.Data-data ini adalah dalam bentuk kuantitatif.
Sebelum memasukkan data ke dalam SPSS,terlebih dahulu saya telah "mewakilkan" borang-borang saya dengan nombor ID bertujuan untuk memudahkan urusan merekod data.Saya telah berikan "kod" A1-A10 terhadap borang tersebut,ini adalah untuk borang yang dicetak.Selepas itu,masukkan data dalam SPSS dengan menamakan pembolehubah.Contohnya:
a) Nama borang(nombor ID) : Jenis(angka) : Lebar(8) : Perpuluhan(0) : Label(Borang pengenalan) : Nilai(tiada)
b)Nama: Jantina : Jenis(angka) : Lebar(8) : Perpuluhan(0) : Label,nilai(1,Lelaki...)
Data-data ini direkodkan dalam "variable view" terlebih dahulu,kemudian diubah ke dalam "data view".Di sini,jawapan soalan yang diperolehi daripada "online" akan dimasukkan juga.Jawapan "online" itu diperolehi hasil jawapan responden di facebook di mana saya telah menyebarkan link soalan saya untuk dijawab.Kemudian,setelah selesai masukkan data klik "analyze" -> "descrective statistic" -> "frequency".Hasilnya,akan keluarlah data yang dimasukkan tadi dalam bentuk graf bar dan jadual.Maklumat-maklumat ini akan digunakan untuk membuat laporannya nanti.
Pengajara yang saya perolehi miggu ini,jangan suka menanguhkan kerja yang diberi.Cuba sedaya upaya untuk menyiapkannya dalam masa yang diberi.
Pengajara yang saya perolehi miggu ini,jangan suka menanguhkan kerja yang diberi.Cuba sedaya upaya untuk menyiapkannya dalam masa yang diberi.

No comments:
Post a Comment